Guru Pemacu Transformasi Pendidikan Tema Perayaan Hari Guru Tahun 2018. Tanggal 16 Mei pasti sangat istimewa buat para guru dan pelajar. Pada tarikh ini, sambutan Hari Guru akan dirayakan. Tema Hari Guru 2018 adalah “Guru Pemacu Transformasi Pendidikan”. Tahun lepas temanya adalah “Guru Pembina Negara Bangsa”.
Pelancaran Hari Guru tahun 2018 (edisi ke 47) peringkat kebangsaan akan diadakan pada * Akan dikemaskini, Tahun lepas ianya diadakan pada tarikh 16 Mei 2017 (Hari Selasa) di Educity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor.
Tema Hari Guru 2018 “Guru Pemacu Transformasi Pendidikan”
“Guru Pemacu Transformasi Pendidikan” telah dipilih sebagai tema Hari Guru tahun 2018. “Guru Pembina Bangsa Negara” yang merupakan tema tahun lepas juga telah digunakan pada tahun 2016, 2009 dan 2010. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Hari Guru tahun 2018 meliputi tema, tarikh pelancaran, huraian dan maksud “Guru Pemacu Transformasi Pendidikan”.
- Tema Hari Guru Tahun 2018 : “Guru Pemacu Transformasi Pendidikan”
- Tarikh Pelancaran : Akan dikemaskini
Huraian Tema Hari Guru 2018 Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
Berikut adalah definisi dan huraian Tema Hari Guru 2018 iaitu Guru Pemacu Transformasi Pendidikan.
Definisi Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
- GURU : Guru merupakan individu penting serta berperanan sebagai pendidik yang mendorong, membimbing dan membentuk kemenjadian murid
- PEMACU : Penggerak yang menggerakkan sesuatu usaha dengan lebih cepat dan berkesan dalam memastikan kejayaan dan pencapaian sasaran
- TRANSFORMASI : Membawa maksud melakukan perubahan terhadap sifat, tingkah laku, pengetahuan, pandangan dan sebagainya kepada sesuatu yang lebih baik dan sempurna
- PENDIDIKAN : Bermaksud perihal mendidik yang merujuk kepada proses atau aktiviti untuk membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang
Huraian Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
- Tema Hari Guru ini dicadangkan untuk menunjukkan bahawa dalam menjayakan transformasi pendidikan negara dan menyahut cabaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, guru ialah agen penting dalam merealisasi transformasi melalui peringkat akar umbi pendidikan. Pada peringkat Gelombang 2 PPPM (2016-2020), guru perlu memainkan peranan sebagai pemacu dalam memastikan transformasi negara dapat dicapai dengan lebih cepat dan berkesan. Guru berperanan menterjemahkan semua dasar dan aspirasi negara melalui pendidikan
- Guru perlu menanamkan keinginan dan hasrat yang tinggi bagi memastikan setiap murid mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional seperti yang dirangka dalam PPPM 2013-2025. Dalam usaha menuju matlamat Transformasi Nasional 2050 (TN50), guru memainkan peranan yang penting dalam mendidik modal insan yang bakal menerajui negara ke arah menjadi negara maju yang sejahtera, berinovasi dan berdaya saing dalam pelbagai bidang di peringkat global
- Dalam konteks Malaysia, transformasi pendidikan mestilah bertunjangkan kepada hasrat melahirkan warga glokal iaitu warga yang berakar nasional dan berakal internasional. Justeru itu, guru perlu sentiasa bersedia untuk berubah, melaksanakan tugas daripada cara biasa kepada yang luar biasa, berdaya tahan, futuristik dan berfikiran aras tinggi serta world class thinking
TAHUN 2017
Tema yang dipilih adalah selaras dengan peranan guru yang terbukti memainkan watak penting dalam :-
- Memperjuangkan dan mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara melalui sistem pendidikan
- Guru juga berperanan untuk membangunkan negara dan mencipta pelbagai kejayaan sehingga dikagumi oleh masyarakat antarabangsa
Definisi Guru Pembina Bangsa Negara
Berikut dikongsikan definasi Guru Pembina Bangsa Negara :-
Guru
Pengajar, pendidik atau pembimbing yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan
Pembina
Individu yang membangun, membina, mendirikan dan membentuk sesuatu untuk mencapai matlamat yang dihasratkan. Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu murid/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitif) bagi memenuhi aspirasi pendidikan
Negara Bangsa
Kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan yang mapan. Negara Bangsa dalam konteks ini bermatlamat untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu.
Huraian Tema Hari Guru Tahun 2017
Berikut pula dikongsikan huraian Tema Hari Guru tahun 2017 iaitu Guru Pembina Bangsa Negara :-
- 1. Tema Hari Guru ini dicadangkan untuk menunjukkan bahawa dalam menjayakan agenda pendidikan negara dan menyahut cabaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 -2025. Guru ialah agen penting dalam meperteguh peradaban bangsa melelui pendidikan
- 2. Peradaban bangsa di Malaysia akan terus utug dan mantap hanya apabila bidang penddikan dapat memastikan generasi yang dilahirkan adalah generasi holistik cemerlang yang mampu memenuhi keperluan kepesatan pembangunan negara dan keperluan global. Pendidikan yang baik dan bersepadu memandu manusia untuk berfikir, merancang dan bertindak secara benar dan sempurna. Dalam kontels Malaysia, peradaban bangsa mestilah bertunjangkan kepada hasrat melahirkan warga glokal iaitu warga yang berakar nasional dan berakal internasional
- 3. Dalam kontels ini, guru berperanan sebagai pembentuk masyarakat berilmu, pemupuk perpaduan, berupaya melahirkan masyarakat berkeyakinan tinggu, mempunyai nilai etika yang kukuh dan mampu bersaing di peringkat global. Menerusi transformasi pendidikan, peradaban bangsa boleh diperkukuh apabila guru melaksanakan peranan mereka untuk menghasilkan modal insan yang memiliki kemahiran memimpin, hidup dalam masyarakat demokratik, adil, altruisme, liberal, bertolak ansur dan penyayang
Peranan Guru
- 4. Guru juga harus mengalas tugas menghasilkan seorang insan yang cemerlang dari segi ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sains, teknologi dan ICT, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi serta berupaya berkomunikasi secara berkesan dalam pelbagai bahasa dan mempunyai sahsiah yang positif agar dapat menyumbang kepada kesejahteraan diri, keluarga dan negara. Justeru itu guru perlu sentiasa sedia untuk berubah, melaksanakan tugas daripada cara biasa kepada yang luar biasa, berdaya tahan, futuristik dan berfikiran aras tinggi serta world class thinking
- 5. Matlamat dan dasar yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam membina Begara Bangsa adalah untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu. Nilai-nilai peradaban ini perlu disemai bernula di peringkat awal pendidikan kanak-kanak lagi
- 6. Peranan guru adalah memastikan generasi pewaris negara iaitu anak didik diberikan pendidikan yang tidak berbelah bagi. Aspirasi negara terhadap guru sebagai pembina negara bangsa menuntut komitmen yang tinggi daripada semua warga pendidik.
Senarai Tema Hari Guru Dari Tahun 2000 Hingga Kini
Sebagai rujukan dan panduan, berikut adalah senarai tema hari guru dari tahun 2000 hingga tahun 2017 :-
- 2018 : Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
- 2016/ 2017 : Guru Pembina Negara Bangsa
- 2015 Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
- 2014 Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
- 2013 Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
- 2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
- 2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
- 2010 Guru Pembina Negara Bangsa
- 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
- 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
- 2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
- 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
- 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
- 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
- 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
- 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
- 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
- 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
Jom rayakan Hari Guru tahun 2018. Semoga kita semua dapat membalas jasa guru yang tidak terhingga dalam mendidik anak bangsa kearah kejayaan.