Tarikh Rasmi Keputusan UPSR 2018 Diumumkan. Makluman buat pelajar UPSR 2018 yang telah menamatkan peperiksaan baru-baru ini. Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 masih belum diumumkan lagi. Tarikh keputusan peperiksaan tahun lepas telah diumumkan pada hari Khamsi, 23 November 2017 bermula jam 1000 pagi. Semakan keputusan UPSR 2018 bleh disemak secara atas talian (online) dan juga SMS. Sistem SAPS Ibu Bapa walau bagaimanapun tidak menyediakan semakan keputusan untuk UPSR.
Pelajar dinasihatkan untuk merujuk kepada Tarikh rasmi Semakan Keputusan UPSR tahun 2018 yang akan diumumkan oleh KPM melalui ruangan pemberitahuan.
Cara Semak Keputusan UPSR 2018
Berikut adalah cara membuat Semakan Keputusan peperiksaan UPSR 2018 Online Dan SMS. Calon-calon boleh mendapatkan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10.00 pagi, pada hari keputusan UPSR 2018 diumumkan iaitu pada hari Khamis, 29 November 2018. Waris adalah dibenarkan untuk mengambil dokumen pelaporan sekiranya murid tidak dapat mengambilnya sendiri.
Selain itu, calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR (result UPSR) melalui khidmat pesanan ringkas melalui SMS ke 15888.
PPSR merupakan suatu dokumen yang melaporkan kejayaan murid pada akhir persekolahan peringkat rendah yang lebih holistik dan bermakna.
Pelaporan tersebut merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPsi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR) bagi murid aliran perdana atau Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi murid berkeperluan khas masalah pembelajaran.
Semakan Keputusan UPSR 2018 Melalui SMS
Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888
- Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888
Perkhidmatan SMS Keputusan peperiksaan UPSR 2018 akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi pada tarikh keputusan UPSR diumumkan iaitu dari 1000 pagi, 29 November 2018 sehingga jam 600 petang pada 8 Disember 2018.
Semakan online
- Klik SPPAT
- Hanya memaparkan ringkasan keputusan
*Kaedah semakan secara online akan dikemaskini dari masa kesemasa.
Permohonan Semakan Semula Keputusan UPSR
Kepada calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan masing-masing, anda boleh membuat permohonan untuk semakan semula keputusan UPSR anda. Permohonan hendaklah dibuat dalam masa 30 hari selepas keputusan UPSR diumumkan, dengan menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan / Kes T (LP/Am 65A).
- Borang Permohonan Semak Semula/Kes T boleh didapati di sekolah Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, atau Jabatan Pendidikan Negeri.
Kepada pelajar UPSR 2018, selamat membuat semakan keputusan pada tarikh yang akan diumumkan oleh KPM nanti. Semoga anda lulus dengan cemerlang dan dapat meneruskan pembelajaran ke MRSM atau Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tahun 2018.