Tarikh Semakan Keputusan UPKK 2016 Online. Bilakah tarikh rasmi keputusan UPKK 2016 diumumkan?Tarikh rasmi semakan keputusan UPKK 2016 online dan SMS akan dikemaskini dari masa kesemasa. Jangkaan adalah pada minggu kedua bulan Januari 2017. Untuk makluman, peperiksaan UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA) telah diadakan pada bulan Oktober 2016 yang lalu.
Semakan Keputusan UPKK 2016 Online Dan SMS
Keputusan peperiksaan UPKK akan dikemaskini dari masa kesemasa. Pada tahun 2015, FB Bahagian Kemajuan Islam (BKI) JAKIM telah memaklumkan yang pengumuman rasmi keputusan peperiksaan adalah pada 15 Januari 2016 (Jumaat). Ibu bapa adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada sekolah anak mereka mengenai tarikh pengambilan Slip keputusan UPKK. Ianya bergantung kepada keputusan Peringkat Negeri.
- Tarikh Rasmi Semakan : Akan dikemaskini
Untuk makluman, tiada semakan online dan SMS ditawarkan pada tahun sebelumnya. Untuk tahun 2015, link applikasi semakan akan dikongsikan sekiranya ada semakan secara online atau SMS disediakan.
Apa Itu Peperiksaan UPKK?
Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) adalah peperiksaan yang diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Peperiksaan adalah untuk murid tahun lima (5) di Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Kelas Agama dan Fardhu Ain Integrasi (KAFA Integrasi) seluruh Malaysia.
Lapan mata pelajaran ditetapkan untuk murid di dalam UPKK melibatkan Amali Solat, Penghayatan Cara Hidup Islam dan Al-Quran. Serta Ulum Syariah, Adab, Sirah, Tulisan Jawi dan Bahasa Arab.
Matlamat UPKK adalah untuk menilai tahap kemahiran dan kebolehan pelajar dalam bidang pembacaan serta hafazan Al-Quran. Juga termasuk amal ibadat dan cara hidup Islam. Disamping itu ianya dapat menilai tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar dalam aspek fardhu ain. Selain menilai tahap keberkesanan amalan asas cara hidup Islam di kalangan pelajar serta menilai kemahiran pelajar dalam membaca dan menulis jawi.
Peperiksaan ini penting untuk murid yang berhasrat menyambung pengajian di sekolah agama kerajaan negeri. Ianya turut menjadi prasyarat kemasukan ke Sekolah Menengah Tahfiz kelolaan kerajaan negeri.
Tahniah kepada pelajar yang telah mendapata keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPKK 2016.