Semakan SAPS NKRA Ibu Bapa 2020. Cara semak keputusan peperiksaan secara online? SAPS Ibu Bapa 2020 Semakan Keputusan Peperiksaan merupakan sistem analisis peperiksaan sekolah yang diwujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan bagi memudahkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah anak mereka. Sistem Semakan SAPS Ibu Bapa ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar.
Ianya sekaligus memudahkan ibubapa untuk memantau prestasi akademik anak masing-masing. Berikut adalah maklumat berkaitan SAPS Semakan Ibu Bapa yang dapat dikongsikan pada anda semua.
SAPS Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan Online
Senarai Keputusan Peperiksaan yang boleh disemak adalah:
- Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah (Darjah 1 – 6)
- Keputusan Peperiksaan Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – 5)
Antara Jenis Keputusan Peperiksaan yang boleh disemak adalah:
- Ujian 1
- Peperiksaan Pertengahan Tahun
- Ujian 2
- Peperiksaan Akhir Tahun
- Trial Exams (Peperiksaan Percubaan) untuk UPSR, PT3 dan SPM
Keputusan penuh peperiksaan awam utama seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah UPSR, Pentaksiran Tingkatan 3 PT3 dan SPM Sijil Pelajaran Malaysia walau bagaimanpun tidak boleh disemak melalui Sistem SAPS.
Cara Semak Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa 2020
Berikut adalah kaedah dan langkah-langkah Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS semakan Ibu Bapa:
Anda boleh lawati laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama.
Nota Jika Gagal Akses Sistem SAPS NKRA Ibu Bapa
Jika anda menghadapi masalah untuk mengakses sitem SAPS, sila clear browsing cache anda atau klik “Your Connection Is Not Private” untuk membuat semakan.
Langkah seterusnya :-
2. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash “-” atau space).
3. Pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan.
4. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa ke submenu seperti paparan di bawah:
5. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Trial Exams dan sebagainya.
6. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.
Key In Markah Pelajar
- Untuk guru, sila klik SAPS NKRA
Cara Semakan SAPS Ibu Bapa Terkini
Langkah 1 : CARIAN MURID
- SILA MASUKKAN NOMBOR SIJIL LAHIR / KAD PENGENALAN PELAJAR (TANPA “-” atau “SPACE”)
Langkah 2 : CARIAN SEKOLAH
- SILA MASUKKAN MAKLUMAT SEKOLAH PELAJAR, SEKOLAH TERKINI ATAU SEBELUM INI
- Negeri : Nama Sekolah
Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS
Berikut adalah Tarikh Penting Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Malaysia. Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS ini memaparkan jenis peperiksaan, tarikh mula & akhir key in markah.
Tarikh yang sama boleh digunapakai bagi tahun 1 – 5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing
Gred Markah SAPS
Berikut adalah gred markah peperiksaan untuk markah yang diperolehi oleh pelajar :-
1. Gred Sekolah Rendah
- 80-100 (A) Cemerlang
- 65-79 (B) Baik
- 50-64 (C) Memuaskan
- 40-49 (D) Mencapai Tahap Minimum
- 0-39 (E) Belum Mencapai Tahap Minimum
- TH : (TH) Tidak Hadir
2. Gred Menengah Rendah
- 85-100 (A) Cemerlang
- 70-84 (B) Kepujian
- 60-69 (C) Baik
- 50-59 (D) Memuaskan
- 40-49 (E) Mencapai Tahap Minimum
- 00-39 (F) Belum Mencapai Tahap Minimum
- TH : (TH) Tidak Hadir
3. Gred Menengah Atas
- 90-100 (A+) Cemerlang Tertinggi
- 80-89 (A) Cemerlang Tinggi
- 70-79 (A-) Cemerlang
- 65-69 (B+) Kepujian Tertinggi
- 60-64 (B) Kepujian Tinggi
- 55-59 (C+) Kepujian Atas
- 50-54 (C) Kepujian
- 45-49 (D) Lulus Atas
- 40-44 (E) Lulus
- 00-39 (G) Gagal
- TH : (TH) Tidak Hadir
FAQ Soalan Lazim Saps Ibu Bapa
Berikut adalah diantara soalan lazim yang kerap ditanya berkaitan login sistem SAPS Ibu Bapa :-
1) Ejaan Nama Pelajar Salah
a) Bagaimana cara untuk memperbetulkan ejaan nama anak saya yang salah pada paparan keputusan peperiksaan pada Semakan Ibubapa?
- Ibubapa dikehendaki menghubungi guru kelas (GK) anak mereka untuk memaklumkan hal berkenaan. Setelah itu, GK perlu mengemaskini nama pelajar tersebut di dalam APDM dan memaklumkan kepada SUP sekolah untuk Import semula nama pelajar yang telah dikemaskini ke dalam SAPS
b) Adakah saya sebagai SUP sekolah perlu menghubungi pihak HELPDESK SAPS untuk memaklumkan hal ini?
- Tidak perlu kerana kesalahan ejaan nama pelajar tidak menjejaskan markah peperiksaan sebelum ini, tetapi SUP dikehendaki memproses semula untuk mendapatkan ejaan nama pelajar terkini pada slip peperiksaan.
2) Nombor KP Pelajar Tidak Dapat Akses SAPS
a) Saya ibubapa kepada seorang pelajar dan mahu melihat keputusan anak saya melalui sistem SAPS tetapi bila saya masukkan nombor KP dan nombor sijil kelahiran, akses tidak Berjaya? Apa patut saya buat?
- Ibubapa tersebut perlu menghubungi guru kelas (GK) anak mereka bagi memaklumkan masalah tersebut. GK hendaklah menyemak nombor KP dengan dokumen sokongan (KP/sijil lahir). Jika disahkan salah, GK perlu mengemaskini pelajar berkenaan di APDM dan melaporkan masalah ini kepada SUP sekolah. SUP dikehendaki mengemaskini nombor KP pelajar tersebut di SAPS
b) Adakah saya dikehendaki memaklumkan penukaran nombor KP pelajar kepada HELPDESK SAPS?
- Ya, SUP perlu menghubungi HELPDESK SAPS untuk memaklumkan penukaran nombor KP pelajar tesebut dengan memberitahu nombor KP yang salah dan nombor KP terkini dan membolehkan pengemaskinian nombor KP dilakukan. Jika tidak dimaklumkan, markah peperiksaan pelajar sebelum ini tidak akan dipaparkan pada Semakan Ibubapa dan slip keputusan
Nota Penting
1. Sekiranya No KP atau Sijil Lahir pelajar tidak dapat mengakses sistem SAPS, Ibubapa perlu meminta anak jagaan mereka (pelajar) menghubungi guru kelas (GK) bagi memaklumkan masalah tersebut.
2. Tindakan seterusnya akan diambil oleh guru kelas. Guru kelas perlu mengemaskini data pelajar berkenaan melalui sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan melaporkan masalah ini kepada Setiausaha Peperiksaan (SUP) sekolah.
3. Jika terdapat kesalahan seperti terdapat nama (ejaan nama) pelajar tidak betul, sila lakukan tindakan yang sama seperti di atas.
4. Pengguna tidak boleh mengubah ID atau password. Hanya Guru Kelas / Guru Matapelajaran sahaja yang boleh menukar ID atau password pengguna.
5. Sila pastikan komputer atau peranti mudah alih anda dilengkapi dengan perisian Adobe Reader (PDF) untuk membolehkan lampiran slip keputusan dan pemarkahan dapat dipaparkan.
Maklumat Lanjut, sila rujuk FAQ SAPS Dalam PDF
Semoga perkhidmatan SAPS Semakan Ibu Bapa yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan ini dapat membantu ibubapa. Dalam memantau dan membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar secara tidak langsung. Tahniah kepada pelajar yang lulus dengan cemerlang dalam keputusan peperiksaan anda.