Nama Pelajar Salah Dalam SAPS Ibu Bapa. Jika terdapat kesalahan ejaan nama pelajar di dalam Sistem SAPS Ibu Bapa ia akan menyukarkan beberapa urusan. Berikut adalah Kaedah Membaiki Nama Pelajar Salah Dalam SAPS NKRA Ibu Bapa yang dapat dikongsikan pada anda.
Kepada ibu bapa dan pelajar yang mendapati terdapat kesalahan ejaan nama di dalam Sistem SAPS Ibu Bapa, perkara ini harus di maklumkan kepada guru kelas pelajar bagi membetulkan perkara itu.
Nama Pelajar Salah Dalam SAPS Ibu Bapa
Berikut dikongsikan Cara Membaiki Nama Pelajar Salah Dalam SAPS Ibu Bapa.
Ibubapa dikehendaki menghubungi guru kelas anak mereka untuk memaklumkan hal berkenaan. Kemudian, guru kelas perlu mengemaskini nama pelajar tersebut di dalam APDM dan memaklumkan kepada SUP sekolah untuk mengubah semula nama pelajar yang telah dikemaskini ke dalam Sistem SAPS Ibu Bapa.
Berikut adalah proses membaiki Nama Pelajar Salah Dalam SAPS Ibu Bapa yang akan dikemaskini oleh guru kelas:
- Klik “Import Data APDM > Senarai Murid SAPS & APDM”
- Klik butang yang dipaparkan dibawah ini untuk menghapuskan nama pelajar yang salah ejaannya
3. Klik “OK” bagi menghapuskan nama perlajar berkenaan
4. Nama pelajar tersebut akan hilang di dalam Sistem SAPS Ibu Bapa seperti paparan dibawah
5. Akhir sekali, klik “Import” untuk mengemaskini ejaan nama pelajar yang terkini
Semoga perkongsian maklumat ini dapat membantu Ibubapa dan pelajar mengetahui kaedah yang akan dilakukan oleh guru kelas bagi mengemaskini Nama Pelajar Salah Di Dalam SAPS Ibu Bapa.