Pelajar PT3 2018 perlu menyiapkan tugasan kerja kursus Geografi yang berkisar kepada peta lakar dan guna tanah pada bulan Julai 2018. Berikut dikongsikan tajuk dan contoh jawapan Kerja Kursus Geografi PT3 2018 buat rujukan pelajar dalam menyiapkan tugasan.
Tajuk Kerja Kursus Geografi PT3 2018 (Kajian Guna Tanah)
Calon dikehendaki menjalankan kajian tentang guna tanah di kawasan tempat tinggal atau sekolah anda. Guna tanah merujuk kepada semua aktiviti manusia yang mengubah dan menyesuaikan permukaan tanah untuk memenuhi keperluan manusia.
Kajian peta tersebut haruslah merangkumi perkara berikut :
- 3.1. Latar belakang kawasan kajian
- 3.2. Melukis peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian
- 3.3 Mentafsir peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di kawasan kajian
- 3.4 Mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna tanah tersebut
- 3.5 Mengenal pasti dan menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar yang telah dikaji di 3.4
- 3.6 Cadangan usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah tersebut
- 3.7 Membentangkan laporan hasil kajian tersebut
Panduan Contoh Jawapan
- Akan dikemaskini
- Definasi dan maksud guna tanah
- Kerangka kasar
- Senarai semak/ jadual kerja
- Objektif Kajian
- Kaedah Kajian
- Latar Belakang Kawasan Kajian
Senarai Tajuk Tugasan Geografi PT3
Sebagai rujukan, berikut adalah senarai tajuk-tajuk kerja kursus Geografi pT3 untuk tahun-tahun sebelumnya beserta dengan contoh jawapan.
- 2017 – Kajian Peta Lakar
- 2016 : Kajian Pengangkutan
- 2015 : Kajian Lapangan Kegiatan Ekonomi
Diucapkan selamat membuat tugasan Geografi PT3 dengan jayanya.