Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2017 Sijil Pelajaran Malaysia. Perhatian dan panduan buat pelajar Tingkatan 5 tahun 2017. Peperiksaan bertulis SPM 2017 akan diadakan bermula 6 November hingga 4 Disember 2016. Berikut adalah Jadual Peperiksaan SPM 2017 (Sijil Pelajaran Malaysia) yang dikongsikan selepas dikeluarkan oleh Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
Untuk jadual penuh peperiksaan awam yang lain seperti UPSR, PT3, STAM, Pentaksiran Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dan SPM (U) Ulangan, sila rujuk di Peperiksaan Awam 2017.
- Jadual penuh dan lengkap (terkini Jun 2017) telah diumumkan secara rasmi oleh Portal Lembaga Peperiksaan Malaysia.
- Semakan Keputusan SPM 2016 pada 16 Mac 2017, klik SPM RESULT
Jadual Peperiksaan SPM 2017
Berikut adalah jadual waktu peperiksaan bertulis SPM 2017 yang mengandungi maklumat penting seperti tarikh, waktu, kod kertas, nama kertas dan masa peperiksaan dijalankan.
Maklumat peperiksaan SPM 2017 adalah seperti berikut :-
- Tarikh Peperiksaan : 6 Jun hingga 1 Julai 2017 (Ujian Lisan). 6 November hingga 4 Disember 2017 (Peperiksaan Bertulis).
- Koleksi soalan peperiksaan sebenar SPM tahun-tahun lepas sebagai ulangkaji/ rujukan, sila rujuk di Soalan SPM.
SPM 2017 Timetable
Berikut adalah deraf Jadual SPM 2017 yang dikongsikan dari Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
Nota: Tarikh Peperiksaan SPM 2017 adalah tertakluk kepada jadual rasmi dan pindaan dari Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
6 Hingga 9 November 2017
13 dan 14 November 2017
15, 16, 20 Dan 21 November 2017
22, 23 Dan 27 November 2017
28 November 2017
29 & 30 November Dan 4 Disember 2017
Download/ Muat Turun Jadual Lengkap SPM 2017
Amaran Peperiksaan/ Pentaksiran Kepada Calon
Calon yang menduduki peperiksaan di bilik / dewan peperiksaan dilarang:
- Membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan serta telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
- Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.
- Mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
- Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
- Menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
- Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.
- menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
- membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
- membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.
Calon yang tidak mematuhi Amaran Peperiksaan/Pentaksiran dianggap telah melakukan salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:
- Keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan.
- Result peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan.
- Keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal.
Semoga perkongsian Jadual Peperiksaan SPM 2017 ini dapat membantu pelajar membuat pengurusan masa yang betul. Selamat mengulangkaji mata pelajaran sebelum Peperiksaan SPM 2017 dijalankan. Diucapkan semoga berjaya kepada calon SPM 2017.