SAPS IBU BAPA

Menu
  • Home
  • SEMAKAN KEPUTUSAN
  • CONTACT
  • DISCLAIMER
  • PRIVACY & POLICY
Home
Semakan
iMASCU Semakan Syarat Kelayakan Permohonan UPU
Semakan

iMASCU Semakan Syarat Kelayakan Permohonan UPU

Semakan Syarat Kelayakan Permohonan UPU Melalui iMASCU. Berita baik buat calon yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam melalui Permohonan UPU online. Anda kini boleh membuat semakan kelayakan melalui Sistem Semak Syarat iMASCU. Berikut dikongsikan cara membuat Semakan Syarat Kelayakan Permohonan UPU iMASCU. Applikasi semakan iMASCU ini telah dilancarkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi dan UPU.

Semakan Syarat Kelayakan Permohonan UPU iMASCU

iMASCU, Sistem Semakan Syarat dapat membantu pelajar untuk menyemak syarat kelayakan untuk pelbagai program pengajian di UA merangkumi Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Semakan hanya untuk lepasan SPM dan STPM tahun semasa sahaja.

iMASCU Semakan Syarat Kelayakan Permohonan UPU

Langkah Membuat Semakan

Berikut adalah panduan ringkas cara membuat semakan syarat kelayakan permohonan UPU secara online melalui iMASCU, Semak Syarat.

  • Layari Laman iMASCU : Sistem Semakan Syarat. Klik SEMAK SYARAT

Isi maklumat yang diperlukan oleh sistem semakan. Diantara maklumat pelajar yang perlu diisi adalah :-

  • No MYKAD (12 digit no)
  • Nama
  • email
  • No Tel
  • Kategori

Lepasan SPM

Pelajar dikehendaki untuk mengisi maklumat matapelajaran yang diambil beserta dengan gred yang diperolehi dalam peperiksaan SPM. Keputusan peperiksaan percubaan juga boleh digunakan untuk Fasa Pertama.

  • Setelah mengisi sepenuhnya senarai matapelajaran dan gred, sila Klik SEMAK

Lepasan STPM

Sama seperti lepasan SPM, pemohon lepasan STPM juga perlu mengisi senarai matapelajaran dan gred. Tambahan maklumat yang pelu diisi adalah keputusan SPM dan MUET.

  • Langkah seterusnya, Klik SEMAK

Semakan keputusan akan berjaya selepas anda bersetuju dengan Terma dan Syarat yang dipaparkan dalam mesej pengesahan Pop-Up. Senarai UA/ Institusi yang pelajar layak memohon akan dipaparkan. Klik UA/ Institusi yang berkenaan untuk melihat program yang layak dipohon.

e-Panduan Permohonan Ke UA/ Politeknik Premier

Selain Sistem Syarat, pemohon juga boleh merujuk kepada e-Panduan Permohonan Kemasukan ke Universiti Awam/Politeknik Premier. Antara maklumat yang dipaparkan adalah

  1. Maklumat UA/ Politeknik Premier
  2. Senarai program yang ditawarkan
  3. Syarat Khas Program

Sila layarai ePanduan UA untuk panduan selanjutnya

Semoga perkongsian Semakan Syarat Kelayakan Permohonan UPU ini bermanfaat buat semua calon. Moga ianya boleh dijadikan panduan dalam memilih UA/ Institusi dan program yang bersesuaian untuk anda. Selamat membuat semakan.

Prev Article
Next Article

Related Articles

syarat layak masuk form 6

Syarat Kemasukan Tingkatan 6 Terkini Tahun 2019

Cara Mendidik Anak Dengan Betul

Artikel Berkaitan

  • Semakan Kad Debit Pelajar 2017 status permohonan KADS1M Online
    Semakan Kad Debit Pelajar 2018 KADS1M Online
    10 Mac 2018 0
  • Semakan Pendaftaran Murid Tahun 1 2018 Online
    Semakan Pendaftaran Murid Tahun 1 2018 Online
    17 Julai 2017 0
  • Gred Pemarkahan Peperiksaan SAPS
    30 September 2016 0
  • Semakan Tingkatan 6 2017 Online
    Semakan Tingkatan 6 2019 Online Keputusan Tawaran
    7 Februari 2018 0
  • Senarai Aplikasi KPM Di Google Play
    30 September 2016 0

SAPS IBU BAPA

Copyright © 2020 SAPS IBU BAPA